Friday 18 November 2011

Multimedia & Kemahiran Hidup

 Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi matapelajaran Kemahiran Hidup
Criswell(1989) mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan program komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyhuran komputer menjadi popular sebagi media pembelejaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Di antara keistimewaan tersebut yang dpat diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran hidup adalah:
Hubungan interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat. Selain gambarajah dan teks di dalam aplikasi untuk Kemahiran Hidup pelajar dapat mendengar arahan yang di berikan bersama lagu yang sesuai dalam mengikuti sesuatu modul pembelajaran menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
Pengulangan : Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan amat diperlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1994). Sebagai contoh di dalam topik elektronik misalnya, pelajar dapat merekabentuk litar elektrik dengan menggunakan perisian yang tertentu kemudian dapat menyimpan hasil kerja di dalam computer dan melihat kembali hasil kerja pada bila bila masa.
Maklumbalas dan peneguhan : Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan. Maklumbalas yang diberikan pastinya bersifat positif dan merangasang lagi pelajar untuk mencuba seperti mana daya tarikan ke atas mereka sewaktu bermain permaianan video.

Monday 7 November 2011

KIT RINGKAS

PROJEK ELEKTRONIK


MASA 4 JAM


1.4 b PENGHASILAN PROJEK ELEKTRONIK


Mengenal pasti nama , 

fungsi dan simbol komponen elektronik
Membaca dan memahami litar skematik
Membuat penyambungan litar
Membaca dan memterjemah litar projek
Menguji litar projek dan membuat pembaikan

KBSR TAHUN 5 KIT RINGKAS ELEKTRONIK